PELAN FLEXI


ONEXOX menawarkan Pelan Flexi dalam satu nombor Prabayar.

Pelan Flexi bermaksud anda akan mempunyai 2 akaun unik dalam satu nombor prabayar. Kedua-dua akaun ini akan berada dalam nombor anda secara automatik anda hanya perlu merancang jumlah tambah nilai anda dan nikmati kadar yang ditawarkan.

** Nilai harga jualan (6% GST) akan dikembalikan kepada anda! Anda akan terima baki 6% selepas 3 hari membuat tambah nilai (tanpa notifikasi).


Akau Dedikasi (DA)

- Juga dikenali sebagai akaun JIMAT
- Kadar panggilan daripada akaun ini adalah 7 sen / 30 saat pertama dan 8 sen / 30 saat seterusnya
  (sesama rangkaian ONEXOX) 9 sen / 30 saat (lain-lain rangkaian)
- Kadar SMS 5 sen / sms sesama rangkaian ONEXOX, 10 sen / sms ke lain-lain rangkaian.
- Hanya untuk membuat panggilan, kiriman sms, dan pindahan ke akaun MA sendiri. Kredit akan
  dipotong daripada akaun DA sehingga habis terlebih dahulu ketika membuat panggilan atau sms.


Akaun Utama (MA)

-Akaun biasa seperti yang terdapat pada rangkaian telco  yang lain.                                  
-Kadar panggilan daripada akaun ini adalah 15 sen / 30 saat (sesama rangkaian ONEXOX) 
16 sen / 30 saat (lain-lain rangkaian).                                                                             
-Kadar SMS 10 sen / sms sesama rangkaian ONEXOX, 15 sen / sms ke lain-lain rangkaian.
-Boleh digunakan untuk membuat panggilan, kiriman sms, langganan internet, perkongsian 
kredit (orang lain sesama rangkaian ONEXOX), dan pindahan ke akaun voopee. Potongan  
untuk panggilan dan sms setelah akaun DA sudah tiada baki yang mencukupi.                 


Mengapa perlu 2 akaun unik dalam Pelan Flexi?


Satu inovasi baru dalam pasaran telekomunikasi, ONEXOX menawarkan 2 akaun unik dalam Pelan Flexi. Satu akaun yang mengenakan cas yang berpatutan dan satu lagi akaun yang memberikan anda penjimatan!

Hanya perlu rancang penggunaan kredit anda (lebih panggilan atau lebih data) dan tambah nilai.

Apa yang lebih penting ONEXOX menjaminkan penjimatan dan tiada cas tersembunyi atau kehilangan kredit secara tiba-tiba!


Panduan Tambah Nilai

-Apabila anda membayar RM53.00 untuk tambah nilai RM50.00, anda akan peroleh kredit RM53.00 (DA)
-Apabila anda membayar RM31.80 untuk tambah nilai RM30.00, anda akan peroleh kredit RM21.80 (DA) dan RM10.00 (MA).
-Apabila anda membayar RM10.60 untuk tambah nilai RM10.00, anda akan peroleh kredit RM4.60 (DA) dan RM6.00 (MA).
-Apabila anda membayar RM5.30 untuk tambah nilai RM5.00, anda akan peroleh kredit RM2.30 (DA) dan RM3.00 (MA).
-Keistimewaan ONEXOX adalah apabila anda membuat tambah nilai beserta GST 6%, nilai tersebut akan dikembalikan ke dalam akaun JIMAT anda selepas 3 hari.


Ketahui kadar JIMAT dan cas yang berpatutan, klik sini>>